RahmanIsmail.Com
Menu
  • HOME
  • TENTANG SAYA
  • KEWANGAN
  • Emas
  • KEHIDUPAN
  • BISNES
  • YOUTUBE
    • TUTORIAL PEMBELI EMAS
    • SEMINAR SIMPAN EMAS
  • CONTACT SAYA
Menu

Happy Dengan Apa Yang Kita Lakukan

Posted on December 31, 2017December 26, 2019 by Abdur Rahman Al Amin Ismail

Guru saya beritahu, orang yang financially free(i.e. pencen) kebanyakan dari mereka bukannya tidak bekerja walaupun kalau tak bekerja sekalipun mereka tetap ada duit.

Tapi mereka suka dengan apa yang mereka buat, bahkan mereka bekerja lebih kuat dari orang yang belum mencapai kebebasan kewangan!

Orang bekerja “makan gaji”,bekerja 8 ke 10 jam sehari dan 5 hari dalam seminggu, tetapi mereka(yang sudah capai financial freedom) ada yang bekerja 17 jam sehari dan 7 hari seminggu!

Mereka bekerja bukan macam orang kebanyakan-ada “office hour”. Mereka bekerja tanpa “office hour” dan tak ada istilah “cuti”. Mereka buat duit dengan bermain. Sebab mereka happy dengan kerja mereka!

Belajar Tentang Kehidupan Dari Anak Kecil

Ibarat budak-budak kecil kalau diberi peluang bermain, bermain sepanjang hari pun OK; sampaikan waktu makan pun tak kisah dah.(“,)

Masa family day(sebelah ayah) baru-baru ini, kami ada sewa homestay berdekatan pantai Port Dickson. Ada swimming pool di homestay itu untuk budak-budak mandi. Nak bagitahu punyalah semangat budak-budak(sepupu Saya) tu, seawal 7 pagi lagi sudah keluar homestay nak terjun kolam.

port dickson 2
Budak-budak mandi,kami(abang-abang) pun apa lagi, tumpang sekaki lah đŸ˜‰

Yang saya kagum,mereka boleh “berendam” dalam tu hampir 10 jam. Keluar sekejap hanya untuk makan saja. Fuh, kami yang dewasa ini 5 jam pun sudah “surrender”

Pilih Yang Minat Bukan Gaji

Kalau di universiti, kalau belajar korang kena minat dengan “course” yang korang ambil.

Sebab itu, saya masih ingat lagi, masa sekolah dahulu cikgu-cikgu selalu pesan ;

Pilih “course” dekat universiti nanti, pilih yang korang minat, bukan pilih ikut-ikut.

Ketika itu, saya tak ambil berat pesanan tersebut. Saya fikir, kerjaya terbaik ialah kerjaya yang menawarkan gaji paling tinggi!

Maka saya pun tercari-cari jurusan apa yang sewaktu grad nanti boleh te us dapat pekerjaan yang boleh beri gaji yang paling lumayan untuk “fresh graduate”.

Sebenarnya silap. Gaji yang tinggi hanya akan kita dapat bila kita dapat galas tanggungjawab yang lebih besar dengan baik.

Dan mana mungkin kita dapat galasnya dengan baik kalau kita memang tak minat (atau kurang minat)?

Bila belajar dalam bidang yang korang minat, baru korang tak akan “tension” belajar, stres buat “revesion”, terkejar-kejar nak dapat pointer cantik.

Kalau kau belajar benda yang kaau tak minat, korang hanya akan belajar untuk score dalam exam sahaja. Matlamat kau cuma berhenti setakat itu sajalah.

Percayalah, belajar macam itu tak ada “life”!

Korang mungkin mampu struggle dan boleh survive waktu korang di alam kampus tetapi bila masuk saja alam pekerjaan, waktu itu korang akan “stuck”.

Korang akan bekerja sekadar nak dapat duit, bukan sebab MINAT.Akibatnya dalam sebulan bekerja,hari yang best cumalah pada Hari gaji je.

Macam mana dengan lagi 29 hari ?

Lagi gila kau terpaksa hidup macam itu(bekerja) selama 30!

Aduh, alangkah ruginya hidup seperti itu.

Impak BESAR Bekerja Tanpa “Roh”

Ada seorang bekas pelajar jurusan perubatan (kenalan abang), hidupnya mirip macam itu.

Sekarang dia sedang buat houseman ship.

Waktu student dahulu, dia belajar hanya untuk skor & “pass” dalam exam sahaja sebab dia tak minat pun dengan jurusan yang diambil itu

Dia boleh survive(walaupun stress) semasa belajar dan berjaya juga tamatkan pengajian dengan baik.

Tetapi apabila sudah grad, masuk saja bertugas sebagai seorang houseman ship, 3 minggu pertama terus rasa GIVE UP!

To become worse, dia siap dapat surat bercuti dan nasihat dari Pakar psikiatri lagi-sarankan suruh berehat(i.e. cuti) sekejap supaya boleh ambil masa untuk tenangkan fikiran.

Pupuk Minat Dengan Doa Praktikal

Sebab itu, saya sarankan sahabat-sahabat saya yang sedang belajar di jurusan pilihan masing-masing, korang kena MINAT dengan apa yang korang belajar.

Kalau korang rasa macam tak minat dengan apa yang korang sudah pilih, rasa macam kau tersalah pilih, teruskan aje dengan pilihan kau itu. Jangan toleh belakang!

Cuba pupuk juga perasan minat korang dengan jurusan yang korang dah pilih itu.

Minat itu boleh di pupuk. Mula-mula mungkin tak minat, lama-lama bila sudah selalu ber”main” dengan subjek yang korang belajar, secara tak sedar minat itu akan datang dengan sendirinya.

Kalau korang rasa macam susah juga, korang doa saja lah banyak-banyak dekat tuhan supaya DIA datangkan “perasan” minat itu.

Tuhan juga yang boleh bolak-balikkan hati manusia.

Kalau bercakap soal jodoh kau boleh minta dengan tuhan supaya tuhan lembutkan hati dia supaya cinta dekat kau, kenapa kalau soal hati,jiwa raga & batin kau sendiri kau tak boleh minta dengan tuhan pula kan?

Fikir Kesan Jangka Panjang,Bukan Keseronokan Sementara

Nasihat saya kepada lepasan SPM, nak isi UPU nanti, pilih lah jurusan yang korang minat.

Jangan pilih atas sebab nak ikut kawan. Ini sangat-sangat bahaya. Apa yang kawan kau suka, belum tentu sesuai dengan minat kau.

Fikir masa hadapan korang.Fikir nanti kau nak kerja apa. Apa pekerjaan yang kau rasa kalau kau tak dibayar sekalipun, kau tetap rasa seronok nak buat.

Sebab bila kau suka dengan kerja kau, berapa gaji yang kau dapat pun kau tak kisah sangat. Asalkan mampu tanggung kos sara hidup kau nanti.

Bila kita suka dengan kerja yang kita lakukan, baru kerja kita “menjadi”.

Duit pun akan datang “serah diri” dekat kita.

Bak kata guru saya, ” happy bekerja menjadikan kita lebih kaya “.

Perkongsian yang saya tulis ini sekadar renungan untuk diri saya sendiri dan juga sebagai panduan mendorong masa depan sahabat-sahabat yang sebaya dengan saya.

Ia penting bagi rakan seperjuangan saya yang masih struggle di kehidupan sebagai student yang nak tingkatkan diri ke arah lebih baik, Insyallah…

Rahman
Port Dickson
23 Disember 2017
5 Rabiul Akhir 1439H

5 thoughts on “Happy Dengan Apa Yang Kita Lakukan”

  1. homepage says:
    December 31, 2017 at 4:18 pm

    CƠ½idado! Aujento no nĂºmero de visitas. ObrigÉ‘da!!

    Reply
    1. Abdur Rahman Al Amin Ismail says:
      December 21, 2019 at 11:49 pm

      Thanks!

      Reply
  2. Pingback: BEKERJA : DESAKAN ATAU PILIHAN ? – RahmanIsmail.Com
  3. https://www.linkedin.com/pulse/qua-sinh-nhat-phan-thanh-loc/ says:
    December 6, 2019 at 7:54 pm

    I wanted to post you this very little observation to be able to say
    thanks again for the beautiful ideas you have shown here.
    It’s so strangely generous with people like you to grant without
    restraint what exactly a lot of people would have advertised as an ebook to earn some dough on their own, most importantly since you could have tried
    it in the event you decided. Those suggestions additionally
    worked as a great way to be certain that most people have similar dream just as mine to learn many more in respect of this condition. I think there are many more fun instances
    up front for individuals who check out your blog.

    Reply
    1. Abdur Rahman Al Amin Ismail says:
      December 21, 2019 at 11:50 pm

      Thanks for your compliments. I appreciate it. đŸ™‚

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

e-book Emas FREE

ebook percuma basic emas

 

Fahami pelaburan emas fizikal dalam masa 5 minit. Klik imej di atas untuk dapatkan ebook FREE yang ditukis oleh guru emas saya, pakar pelaburan emas malaysia.

CARA MUDAH BELI EMAS FIZIKAL

Cara beli emas PG

1] BELIAN BIASA – Beli dan terus dapat emas, bayar secara online, dan ambil emas di cawangan Public Gold terdekat.KLIK untuk daftar percuma dan order secara online atau terus beli di cawangan Public Gold dan beritahu nama Abdur Rahman Al Amin Ismail, kod dealer PG00076516 sebagai INTRODUCER untuk dapatkan bimbingan daripada saya selepas belian.

[2] AKAUN EMAS GAP – Beli dan simpan dengan Public Gold secara percuma, minimum 1 gram. Kumpul sedikit demi sedikit, dan boleh keluar emas itu (untuk disimpan sendiri) pada bila-bila masa di cawangan Public Gold terdekat. KLIK untuk maklumat lanjut tentang Akaun Emas GAP.

Untuk beli kaedah GAP, register di link bukakaunGAP bila DAH READY nak buat belian nanti. Tick pada kotak ‘generate PG Code’ sebelum klik butang ‘submit’.

Kemudian tunggu dalam 15 minit, Login > MyGAP > New Site > Purchase. Lepas tu terus ikut step link bayaran fpx sampai habis. Settle.

Ada apa2 persoalan, boleh wassap saya +6 012 566 9020

Kalau dah berjaya belian pun bagitahu saya, saya akan bagi tip penyimpan emas baharu.

Artikel Lain

  • Dealer Public Gold Team PGG100 Network
  • Hukum “Trade In” Emas & FAQ Muamalat
  • Cara Top Up Emas Akaun GAP
  • Menyimpan Bukan Soal Matematik, Tapi Psikologi
  • Impian Bukan Untuk Bermegah, Tapi Sempurnakan Tanggungjawab

Seminar Emas FREE

 

Seminar PERCUMA Asas Pelaburan Emas atau kini dikenali sebagai Branch Weekly Meeting(BWM) anjuran Public Gold ;

Jadual penuh seminar Public Gold , KLIK DI SINI 

Semasa daftar, pastikan tulis nama saya sebagai Introducer (Abdur Rahman Al Amin Ismail, Kod PG00076516) untuk dapat bimbingan peribadi saya selepas seminar. Wassap saya +6 012-566 9020 kalau ada sebarang persoalan.

Temubual Oleh Bernama Radio

https://www.youtube.com/watch?v=xL1UCTr_9pk
©2021 RahmanIsmail.Com | WordPress Theme by Superbthemes.com