Skip to content
RahmanIsmail.Com
Menu
  • HOME
  • TENTANG SAYA
  • KEWANGAN
  • Emas
  • KEHIDUPAN
  • BISNES
  • YOUTUBE
    • TUTORIAL PEMBELI EMAS
    • SEMINAR SIMPAN EMAS
  • CONTACT SAYA
Menu

ZAKAT EMAS PERHIASAN (barang kemas)

Posted on January 2, 2018May 26, 2020 by Abdur Rahman Al Amin Ismail

Sebelum ini saya pernah SHARING dengan korang tentang zakat “emas simpan” iaitu emas yang digunakan selain sebagai perhiasan. Contoh seperti Jongkong emas(gold bar) atau syiling emas(dinar) termasuk juga barang kemas yang kita tak guna(pakai walau sekali) dalam tempoh setahun. .

Harini saya rasa macam nak SHARING pula dengan korang tentang zakat “emas pakai” (barang kemas/emas perhiasan) .

Korang pernah dengar kan ? Mak atau nenek kita ada bagitahu “barang kemas kalau simpan lama2 dalam almari tak pakai, nanti kena keluar zakat”. Mesti korang pernah dengar kan mak/nenek kita ada cakap macam itu sebelum ni ?

Yang sebenarnya,memang betul kita kena keluarkan zakat kalau kita simpan emas perhiasan dalam almari (atau mana2 je lah) & tak pakai di lengan/leher/jari. .

Tetapi ramai dari kita yang tak tahu  emas perhiasan ini kalau kita beli dalam kuantiti yang “banyak”  sangat pun tetap kena keluar zakat(walaupun kita gilir-gilir pakai emas tu dengan niak nak elak kena bayar zakat) ?

Berapa kuantiti yang dimaksudkan dengan “banyak” tu ?

Ini bergantung kepada KADAR yang ditetapkan oleh jabatan agama bagi setiap negeri masing-masing. KADAR ini dalam bahasa arab disebut sebagai “uruf” yang bermaksud “kebiasaan”.

Uruf adalah berbeza bagi setiap negeri. . Untuk tahu berapa “uruf”di negeri korang,boleh rujuk sini :

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia :

  1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
  2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
  3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
  4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
  5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
  6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
  7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
  8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
  9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
  10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
  11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
  12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
  13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
  14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram

(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008) (klik sini)

Sekarang korang dah tahu uruf emas perhiasan bagi setiap negeri ?

Korang perasan tak yang negeri paling rendah uruf adalah negeri melaka & Sarawak iaitu rm5000(sekitar 30 ke 40 gram) ?

Maksudnya, kalau korang berasal dari negeri bandar bersejarah & bumi menyalang, dan korang ada barang kemas yang bernilai lebih rm5000, korang sudah layak dikenakan zakat emas perhiasan.

Tetapi kalau korang adalah orang kelantang pula,uruf zakat barang kemas bagi korang adalah “tiada uruf”.

Ya,maksudnya kalau mu adaloh ore kelate,mu beli la barang kemah berapa te(tan) sekalipun , mu tok ake  kena bayar zakat. Syaraknya mu keno gilir-gilir paka(pakai) lah bare kemah tu. Bulih deh. Ha.. “kecek”kelantan pula saya. Haha !

Kalau tak berapa jadi, mohon perbetulkan saya ye… (“,)

Sebab mengapa di kelantan tiada uruf adalah kerana orang kelantan memang kebiasaan(i.e. uruf) mereka beli barang kemas ni bukan sikit-sikit.

EMAS : MODAL PUSINGAN BISNES

Kalau korang pernah pergi mebeli-belah atau melawat ke Pasar Besar Siti Khadijah,Kota Bharu,Kelantan, korang cuba perhatikan mak cik-mak cik yang berniaga di pasar itu.

Perasan tak, kebanyakan(boleh dikatakan semua) mak cik-mak cik yang berniaga di situ semuanya pakai barang kemas yang banyak ?

pasar siti khadijah-emas
Contoh peniaga ayam di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Mak cik Kamariah Md Hanafi, 50-gambar asal MyBlog2U

Kalau korang nak tahu, mak cik-mak cik ni mereka pakai bukan untuk tujuan sekadar nak “show of” atau melaram saja,tapi mereka jadikan barang kemas mereka itu sebagai “duit” rolling bisnes mereka.

Caranya adalah,pagi-pagi sebelum berniaga diorang semua berpusu-pusu ke pejabat Ar-Rahnu(pajak gadai islam) untuk pajak barang kemas itu.

Nanti petang selepas sudah kemas(tutup) kedai mereka, mereka tebus semula emas tu dari Ar-Rahnu tadi.

“Emas tu diorang rolling bukan sebulan sekali je tau(macamyang kita selalu fikir),tapi emas tu diorang rolling hari-hari”, kata Ustaz Dr. Ahmad Sufyan Che Abdullah (pensyarah di Universiti Malaya & penulis di facebook page muamalat.my )semasa Seminar Emas & Shariah anjuran Public Gold setahun yang lalu.

Masa tu baru saya tahu, wah..hebatnya mak cik-mak cik ni. Pandai betul diorang berniaga sampai duit bisnes main rolling pakai sehari je. Tak perlu tunggu sebulan. Menunjukkan lajunya duit mereka “berputar” dan mesti banyak hasil dari perniagaan yang mereka dapat.

EMAS ASET SERIBU MANFAAT

Dan manfaat mereka beli barang kemas bukan berhenti sampai di situ sahaja.

Barang kemas itu mereka boleh gunakan sebagai “talian hayat” untuk mereka jika berlaku kecemasan. Contohnya bila tayar kereta pancit ke, kenderan rosak atau apa sahajmasalah yang kita tak jangka boleh berlaku.

Tak macam kita, kalau “sesak”apa yang selalu kita cari. Kalau masih “student” mungkin kita boleh bergantung dengan parent kita.Tapi macam mana kalau kita kerja nanti, sudah tentu kita kena ada “talian hayat” kita sendiri,yang pasti bukan kad kredit lah yang jadi “talian hayat” kita…huh..minta dijauhkan lah.

Dan  jangan pula bila bekerja nanti korang masih nak bergantung dan duduk di bawah ketiak mak ayah korang. Haha !

Nah, setakat itu saja dulu perkongsian saya kali ini.Moga dengan sedikit perkongsian dari saya ini memberi suatu ilmu baru buat korang.

wallhua’lam.

Jika ada kelapangan masa lagi,nanti saya kongsikan  ilmu lain pula dengan korang.

Selamat Tahun Baru,see yaw 😉

Rahman 

Bandar Darulaman

2 Disember 2018

13 Rabiul Akhir 1439 H

[Kredit foto:MyBlog2U]

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

e-book Emas FREE

Fahami pelaburan emas fizikal dalam masa 5 minit. KLIK imej di atas untuk dapatkan ebook FREE yang ditulis oleh guru emas saya, pakar pelaburan emas malaysia, Tuan Mohd Zulkifli Shafie dan disusun oleh team saya, PG G100 Network.

CARA MUDAH BELI EMAS FIZIKAL

Cara beli emas PG

1] BELIAN BIASA - Beli dan terus dapat emas, bayar secara online, dan ambil emas di cawangan Public Gold terdekat. KLIK untuk daftar percuma dan order secara online.

[2] AKAUN EMAS GAP - Beli dan simpan dengan Public Gold secara percuma, minimum 1 gram. Kumpul sedikit demi sedikit, dan boleh keluar emas itu (untuk disimpan sendiri) pada bila-bila masa di cawangan Public Gold terdekat. KLIK DISINI untuk maklumat lanjut tentang Akaun Emas GAP.

Untuk beli kaedah GAP, register di link buka #AkaunEmasGAP bila DAH READY nak buat belian nanti.

Pastikan ✅ Generate PG Code sebelum klik *Submit*. Dalam 10 minit akan terima email pengesahan pendaftaran dan PG Code (username).

Lepas tu ikut langkah ni:

1. Login web https://publicgold.com.my
2. Klik GAP Buy Now (butang merah).
3. Klik Buy GAP Now sebelah gambar gold bar 1000g
4. Klik Pay Online (FPX)
5. Masukkan jumlah emas yang nak dibeli mengikut jumlah RM (MYR) atau GRAM (gm) 7. Sistem akan terus link dengan web perbankan online untuk terus buat bayaran. Buat bayaran online. Selesai.

Boleh cek status baki dalam akaun dalam masa 24 jam.

Ada apa2 persoalan, boleh call atau whatsapp saya 012 566 9020. Kalau dah berjaya belian pun bagitahu saya untuk dapatkan ebook PERCUMA untuk penyimpan emas baharu.

Artikel Lain

  • KEBAIKAN EMAS : EMAS MENUTUP KEBOCORAN WANG
  • Nikmati hidup, usah bersaing
  • Dealer Public Gold Team PGG100 Network
  • Hukum “Trade In” Emas & FAQ Muamalat
  • Cara Top Up Emas Akaun GAP

Seminar emas PERCUMA atau kini dikenali sebagai G100 Talkshow diadakan secara FB LIVE dan Youtube Live anjuran rangkaian dealer PG G100 Network

Belajar cara mengukuhkan kewangan melalui simpanan emas, dan tip buat duit sambil simpan emas.

Setiap Rabu, 9.00 malam bersama panel kami yang terpilih.

Kalau ada apa-apa persoalan atau nak terus mulakan simpanan emas lepas join G100 Talkshow tu, Boleh call atau whatsapp saya 012 566 9020 kalau ada sebarang persoalan.

Temubual Oleh Bernama Radio

https://www.youtube.com/watch?v=xL1UCTr_9pk
©2023 RahmanIsmail.Com | WordPress Theme by Superbthemes.com