RahmanIsmail.Com
Menu
  • HOME
  • TENTANG SAYA
  • KEWANGAN
  • Emas
  • KEHIDUPAN
  • BISNES
  • YOUTUBE
    • TUTORIAL PEMBELI EMAS
    • SEMINAR SIMPAN EMAS
  • CONTACT SAYA
Menu

KUMPUL ASET DI USIA MUDA

Posted on January 17, 2018 by Abdur Rahman Al Amin Ismail

Orang yang bermimpi hanya akan tersedar hakikat bahawa mereka sebenarnya bermimpi sebaik sahaja mereka terjaga dari tidur.

Begitu juga dengan kepentingan ilmu & kesedaran tentang pengurusan kewangan yang betul.

Kita hanya akan sedar betapa pentingnya ilmu pengurusan kewangan peribadi(personal finance) sebaik sahaja kita melangkah masuk ke alam pekerjaan.

Waktu itu la baru kita rasa menyesal, “aduh, menyesal betul aku tak kumpul duit masa aku belajar dulu. Banyak duit yang aku habiskan beli benda bukan-bukan. Kalau la aku simpan duit banyak-banyak masa belajar dahulu, sudah tentu aku sudah boleh merasa hasil dari simpanan aku itu”.

Kita menyesal waktu itu pun, dah tak berguna. “Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian sudah tidak berguna lagi”, pepatah ini sering kita sebut dan ulang sewaktu sekolah dahulu bukan

Waktu terbaik untuk belajar ilmu “urus duit” adalah waktu kita tak berduit (i.e tak ada income).

BELAJAR DARI PENGALAMAN ORANG LAIN

“Alangkah beruntungnya anak muda yang sejak di alam universiti lagi sudah terdedah dengan ilmu pengurusan kewangan ini,macam rahman”, kata sahabat senior saya, Encik Azinuddin kepada saya sewaktu kami dalam perjalanan pulang ke rumah usai kelas PG1System-kelas untuk dealer-dealer public gold seperti kami yang nak berjaya dalam bisnes.

Aduh, nasihat spontan yang diberikan itu sangat meninggalkan kesan emosi kepada saya. Sampai ke hari ini saya masih ingat pesanan tersebut. Saya rasa saya perlu berkongsi kepada sahabat-sahabat yang sebaya yang mana saya perhati ramai yang masih leka dengan kehidupan di kampus.

Kata guru saya : Antara kesilapan terbesar ramai mahasiswa adalah menganggap duit elaun pinjaman(e.g. PTPTN,MARA) itu seolah-olah macam duit bonus.

Duit yang sepatutnya dibelanjakan untuk tanggung kos sara hidup dan beli barang-barang keperluan pengajian habis digunakan untuk turutkan kemahuan.

Nak pakai “smartphone”,nak yang paling up-to-date. Sepatutnya telefon yang berharga RM500 pun sudah cukup untuk keperluan, tapi dek kerana membela ego, paling cikai pun nak yang RM1000 ke atas.

download (1)
(gambar sekadar hiasan)

Kalau la dia sedar, 2 ke 3 tahun lagi smartphone yang up-to-date tu akan ketinggalan juga. Akhir sekali, duit habis kerana nak ikut trend sahaja.

Lagi malang, kalau buat pinjaman semata-mata untuk beli smartphone. Harta tak ada,hutang pula bertambah!

ILMU + TINDAKAN = RESULT

Jadi, kepada korang yang sudah ada kesedaran muda-muda ini, teruskan bertindak sekarang. Ada ilmu sahaja tapi tak ada tindakan tak jadi.

Kata imam ghazali “ilmu tanpa amal, gila,

ilmu tanpa

Belajar kumpul harta(i.e. aset) mulai SEKARANG.

Aset tak semestinya rumah dan tanah sahaja tahu.

Guru emas saya, Penulis buku “Wang Emas”, Tuan Mohd zulkifli Shafie pesan, Sebelum beli aset besar-besar seperti rumah dan tanah, belajar kumpul aset kecil-kecil dahulu.

Aset yang paling senang untuk pelajar seperti kita ni kumpul adalah emas(dan perak). Emas(dan perak) juga adalah aset.

Korang boleh mulakan simpan aset kecil ini dengan mulakan belian 1 dinar pertama.

1dinar
Gambar 1 dinar public gold LBMA (bertaraf antarabangsa). Kredit foto bilahrotan.blogspot,

Kalau tak mampu juga, korang boleh mula dengan 1 gram atau Rm100.

Ya, sekarang ni sangat mudah. Banyak syarikat pengeluar emas yang tawarkan belian emas bagi yang bermodal kecil.

Tetapi yang saya boleh rekomen buat masa ini, syarikat Public Gold paling mudah & paling untung untuk simpan emas bagi yang bermodal kecil. Saya syorkan beli melalui kaedah #AkaunEmasGAP yang ditawarkan oleh syarikat pengeluar emas terbesar di malaysia ini.

gap

Boleh mula serendah RM100 dan korang akan dapat emas sekitar 0.5 gram. Korang boleh cari dealer2 public gold yang korang kenal untuk guide korang buat belian emas.

Ataupun kalau korang tak ada kenal mana-mana dealer,korang boleh WhatsApp nombor +6 012 566 9020.

Saya juga adalah dealer public gold yang aktif di bawah bimbingan penulis buku “Wang Emas”, Tuan Mohd zulkifli Shafie sejak tahun 2016. Insyaallah saya boleh guide.

Rahman

Bandar Darulaman

17 Disember 2017

29 Rabiul Akhir 1439H

[Kredit foto : sitepoint.com, dirihamba.blogspot, techglamour.com ]

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

e-book Emas FREE

ebook percuma basic emas

 

Fahami pelaburan emas fizikal dalam masa 5 minit. Klik imej di atas untuk dapatkan ebook FREE yang ditukis oleh guru emas saya, pakar pelaburan emas malaysia.

CARA MUDAH BELI EMAS FIZIKAL

Cara beli emas PG

1] BELIAN BIASA – Beli dan terus dapat emas, bayar secara online, dan ambil emas di cawangan Public Gold terdekat.KLIK untuk daftar percuma dan order secara online atau terus beli di cawangan Public Gold dan beritahu nama Abdur Rahman Al Amin Ismail, kod dealer PG00076516 sebagai INTRODUCER untuk dapatkan bimbingan daripada saya selepas belian.

[2] AKAUN EMAS GAP – Beli dan simpan dengan Public Gold secara percuma, minimum 1 gram. Kumpul sedikit demi sedikit, dan boleh keluar emas itu (untuk disimpan sendiri) pada bila-bila masa di cawangan Public Gold terdekat. KLIK untuk maklumat lanjut tentang Akaun Emas GAP.

Untuk beli kaedah GAP, register di link bukakaunGAP bila DAH READY nak buat belian nanti. Tick pada kotak ‘generate PG Code’ sebelum klik butang ‘submit’.

Kemudian tunggu dalam 15 minit, Login > MyGAP > New Site > Purchase. Lepas tu terus ikut step link bayaran fpx sampai habis. Settle.

Ada apa2 persoalan, boleh wassap saya +6 012 566 9020

Kalau dah berjaya belian pun bagitahu saya, saya akan bagi tip penyimpan emas baharu.

Artikel Lain

  • Dealer Public Gold Team PGG100 Network
  • Hukum “Trade In” Emas & FAQ Muamalat
  • Cara Top Up Emas Akaun GAP
  • Menyimpan Bukan Soal Matematik, Tapi Psikologi
  • Impian Bukan Untuk Bermegah, Tapi Sempurnakan Tanggungjawab

Seminar Emas FREE

 

Seminar PERCUMA Asas Pelaburan Emas atau kini dikenali sebagai Branch Weekly Meeting(BWM) anjuran Public Gold ;

Jadual penuh seminar Public Gold , KLIK DI SINI 

Semasa daftar, pastikan tulis nama saya sebagai Introducer (Abdur Rahman Al Amin Ismail, Kod PG00076516) untuk dapat bimbingan peribadi saya selepas seminar. Wassap saya +6 012-566 9020 kalau ada sebarang persoalan.

Temubual Oleh Bernama Radio

https://www.youtube.com/watch?v=xL1UCTr_9pk
©2021 RahmanIsmail.Com | WordPress Theme by Superbthemes.com