Skip to content
RahmanIsmail.Com
Menu
  • HOME
  • TENTANG SAYA
  • KEWANGAN
  • Emas
  • KEHIDUPAN
  • BISNES
  • YOUTUBE
    • TUTORIAL PEMBELI EMAS
    • SEMINAR SIMPAN EMAS
  • CONTACT SAYA
Menu

TERPAKSA BEKERJA : DESAKAN HIDUP ATAU PILIHAN?

Posted on July 10, 2018December 24, 2019 by Abdur Rahman Al Amin Ismail

“Aduh, esok dah kena masuk kerja, rasa malas betul lah nak kerja esok”, adu kawan saya.

“Chill la, kalau gaji masyuk, no problem lah kena kerja pun…”, saya cuba menengkan hati dia, walapun dengan nada yang agak menyakat juga (“,) .

“Gaji banyak pun buat apa(takda makna) kalau seronoknya sehari saja. Lagi 29 hari, seksa !”

Saya terdiam seketika mendengar respon spontan dari sahabat saya. Automatik saya terus terfikir tentang artikel yang pernah saya kongsikan sebelum ini tentang Happy Dengan Apa Yang Kita Lakukan.

KERJA IDAMAN BUKANLAH SEKADAR PADA GAJI

Dalam perkongsian sebelum ini saya ada kongsikan tip untuk cari kerja : cari kerja yang kita minat, bukan cari yang boleh bagi gaji paling lumayan.

Kesannya, jika tidak, kita hanya seronok sehari saja, iaitu pada masa hari gaji masuk.

Tapi setahu saya , sahabat saya ini memang sudah bekerja dalam bidang yang dia minati. Jadi, apa yang membuatkan dia tak happy bila terpaksa bekerja selepas sudah cuti 2 hari (kebetulan dia cuma cuti hujung minggu dan sempat datang singgah kedah sekejap untuk penuhi udangan walimah kawan satu sekolah dengan kami) ?

Sepatutnya bidang yang dia minat mestilah dia akan rasa excited nak buat apa yang dia suka dengan keadaan dia dibayar(ada pendapatan) lagi, bukanke macam tu ?

PENCEN BUKAN SEKADAR DUIT DAN HOBI, TETAPI MASA

Bila saya mengkaji, oh… Rupa-rupanya walaupun kita suka untuk buat satu perkara, antara faktor yang kita perlu pertimbangkan juga adalah “MASA”. Kalau kita suka melakukan satu-satu pekerjaan, tapi jika kita terpaksa korbankan masa yang lebih berharga(e.g masa bersama isteri,anak-anak, keluarga, kawan dsb), kerja tersebut tak akan memberi makna pada kita.

Berbeza dengan orang yang sudah pencen, ataupun dalam istilah kewangan disebut sebagai bebas kewangan(financially free). Pencen menurut guru saya bukan kita tak bekerja, tapi kita memilih untuk melakukan kerja yang kita suka, dan pada masa yang kita suka ! Maksudnya kita bebas untuk atur jadual mengikut keselesaan kita.

DIBAYAR UNTUK KEJAR IMPIAN MAJIKAN

Kalau bekerja, walaupun pekerjaan tersebut kita suka, tetapi jika “office hour”nya pukul 9 pagi hingga 5 petang dan 5 hari seminggu, suka ke tak suka pukul 9 kita wajib terpacak di office, kalau tidak , tunggu masa saja untuk kena sound dengan bos.

Sebab itu antara punca utama kenapa ramai orang berjaya, mereka memilih jalan kebebasan kewangan(financial freedom) adalah sebab nak ada duit, dan nak ada MASA. Ya, masa itu yang lebih berharga. Mereka boleh atur jadual seharian,mingguam malah bulanan ikut suka mereka. Rasa nak melancong harini, terus beli tiket saja, tak perlu tunggu “hari cuti” ataupun tunggu kelulusan cuti pelepasan dari bos.

Pendapatan mereka sudah kukuh sekalipun mereka tak bekerja. Jadi mereka boleh lebih fokus kepada matlamat hidup mereka.

GURU, PEKERJAAN IDAMAN

Dulu saya fikir, antara pekerjaan yang saya rasa pendapatan boleh dikatakan stabil(tak kaya, tapi tak miskin) dan kita ada masa yang lebih untuk anak-anak(walaupun sebenarnya belum cukup) adalah pekerjaan sebagai guru. Cuti sekolah sudahlah sama dengan anak-anak. Kerja pula separuh hari saja. Cuma gaji agak rendah sedikit kalau nak dibandingkan dengan pekerjaan professional yang lain. Tetapi cukuplah untuk kita ada masa yang lebih bersama keluarga.

Ayah saya seorang guru. Jadi cita-cita saya dulu semasa sekolah, nak jadi guru seperti ayah saya, sebab masa tu saya fikir profession guru saja yang kena dengan jiwa saya dan ada banyak masa lapang untuk tumpukan untuk beri masa pada anak-anak. Pagi-pagi anak pergi sekolah, kita boleh hantarkan. Balik sekolah, kita boleh jemput anak-anak kita. Malam-malam siap boleh lepak kedai kopi lagi.

Tak terbeban dengan kerja-kerja yang dibawa balik dari office. Sampaikan kawan saya pun cemburu bila tahu rutin harian ayah saya.

SISTEM KERJA YANG TAK MENENTU

Tapi itu cerita dulu. Pekerjaan idaman sebagai seorang guru tu pun sudah tinggal sejarah. Sekarang kerja guru pun terbeban juga dengan sistem pendidikan yang menambahkan beban kerja-kerja perkeranian. Siapa yang ada kenalan guru tahu lah (“,).

Khabarnya, dengan perubahan tampuk pimpinan kerajaan kita akan meringankan semula beban guru. Kalau ia benar, maka itu satu berita yang baik. Tapi kalau tak betul sekalipun, kita tak boleh salahkan kerajaan semata-mata sebab nasib kita, kita sendiri yang ubah. Fokus sebenar kerajaan pada mengekalkan survival politik. Ikuti perkongsian dari mentor saya tentang mengapa kita tak boleh meletakkan 100% nasib hidup kita pada kerajaan.

KESEDARAN AWAL ADALAH SATU REZEKI

Tapi perancangan tuhan adalah yang terbaik. Setelah saya kaji, membaca, dan belajar dari guru saya, saya temukan jalan yang lebih baik untuk capai impian saya yang saya tak pernah terfikir pun sebelum ni wujud, iaitu jalan kebebasan kewangan.

Bebas kewangan menurut pakar kewangan adalah kita mempunyai pendapatan pasif(yang dijana melalui harta) yang cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan kita. Bebas kewangan tak semestinya kita mempunyai gaji bulanan rm10K ke atas, kalau kita ada rm5k pun tapi pendapatan itu kita dapat bukan hasil dari “Jual masa” (hard-earned income), kita sebenarnya dah boleh pencen(bebas kewangan). Jadi, kita sudah boleh pilih untuk buat kerja di samping keluarga, bukan keluarga disamping kerja. Keluarga dulu yang lebih printing. Kita boleh tumpukan lebih masa pada keluarga kita.

Walaupun begitu untuk mencapai kebebesan kewangan, bukanlah mudah. Ada ujian dan pengorbanan yang perlu kita bayar. Tapi ia tak mustahil. Bekerja sehabis baik mungkin mulai sekarang, dan nikmati hasilnya, sampai mati !

Bila kita suka dengan kerja kita dan dalam masa yang sama kedudukan kewangan pula tidak mengikat kita, ia bukan saja baik untuk kita, tapi baik untuk orang di sekililing. Seterusnya, kita mempunyai lebih banyak masa untuk menumpukan pada menyumbang dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Insyaallah…

Rahman Ismail
Bandar Darulaman
11 Julai 2017
27 Syawal 1439H

2 thoughts on “TERPAKSA BEKERJA : DESAKAN HIDUP ATAU PILIHAN?”

  1. Jan says:
    June 6, 2022 at 5:44 am

    Assalammualaikum….
    Tuan, saya nak pendapat tuan. Saya bekerja di kilang jawatan yang dipinta technician sebab tu pekerjaan yang saya mahukan..tetapi saya ditempatkan di operator kilang jadi saya fikir tak pe laa tak dapat technician janji ade kerja. Saya kerja dalam sebulan saya rasa selesa, seronok..selepas sebulan saya dipanggil untuk masuk technician…mula2 seronok laa…tapi bile masuk…saya rasa tak seronok sebab orang2 nye serious sepanjang masa..nak pergi kerja pon rasa malas je..terdetik dekat hati nak masuk kat operator balik. Dekat operator ni kelebihan die kawan2 sporting seronok tapi gaji sikit ..kalau technician orang2 nye serious sepanjang masa gaji plk tak de beza mne pon lebih 1++ mcm Tu je. Jadi bagi pendapat tuan mana saya perlu pilih😂😂

    Reply
    1. L_min90 says:
      September 26, 2022 at 7:23 am

      Wslm, En Jan. Maaf, saya tak ada pengalaman bekerja. Jawapan itu mungkin ada dalam soalan tersebut. En. Jan sendiri lebih tahu keadaan En. Jan. Mungkin ambil masa untuk sesuaikan diri dengan keadaan baru, atau turun semula ke operator, atau terus mencuba cari technician di tempat lain yang boleh bagi environment macam operator dulu. Akhir sekali, pekerjaan ni tak ada yang perfect. Yang gaji besar 5 angka, tanggungjawab pula besar, sentiasa fikir kerja sampai tak ada satu masa untuk minda betul-betul rehat. Lebih di satu sudut, akan ada kurang di sudut yang lain. Asalkan mental health kita tak terkorban, boleh bagi makan family, sudah cukup bagus tu.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

e-book Emas FREE

Fahami pelaburan emas fizikal dalam masa 5 minit. KLIK imej di atas untuk dapatkan ebook FREE yang ditulis oleh guru emas saya, pakar pelaburan emas malaysia, Tuan Mohd Zulkifli Shafie dan disusun oleh team saya, PG G100 Network.

CARA MUDAH BELI EMAS FIZIKAL

Cara beli emas PG

1] BELIAN BIASA - Beli dan terus dapat emas, bayar secara online, dan ambil emas di cawangan Public Gold terdekat. KLIK untuk daftar percuma dan order secara online.

[2] AKAUN EMAS GAP - Beli dan simpan dengan Public Gold secara percuma, minimum 1 gram. Kumpul sedikit demi sedikit, dan boleh keluar emas itu (untuk disimpan sendiri) pada bila-bila masa di cawangan Public Gold terdekat. untuk maklumat lanjut tentang Akaun Emas GAP.

Untuk beli kaedah GAP, register di link buka #AkaunEmasGAP bila DAH READY nak buat belian nanti.

Pastikan ✅ Generate PG Code sebelum klik *Submit*. Dalam 10 minit akan terima email pengesahan pendaftaran dan PG Code (username).

Lepas tu ikut langkah ni:

1. Login web https://publicgold.com.my
2. Klik GAP Buy Now (butang merah).
3. Klik Buy GAP Now sebelah gambar gold bar 1000g
4. Klik Pay Online (FPX)
5. Masukkan jumlah emas yang nak dibeli mengikut jumlah RM (MYR) atau GRAM (gm) 7. Sistem akan terus link dengan web perbankan online untuk terus buat bayaran. Buat bayaran online. Selesai.

Boleh cek status baki dalam akaun dalam masa 24 jam.

Ada apa2 persoalan, boleh call atau whatsapp saya 012 566 9020. Kalau dah berjaya belian pun bagitahu saya untuk dapatkan ebook PERCUMA untuk penyimpan emas baharu.

Artikel Lain

  • KEBAIKAN EMAS : EMAS MENUTUP KEBOCORAN WANG
  • Nikmati hidup, usah bersaing
  • Dealer Public Gold Team PGG100 Network
  • Hukum “Trade In” Emas & FAQ Muamalat
  • Cara Top Up Emas Akaun GAP

Seminar emas PERCUMA atau kini dikenali sebagai G100 Talkshow diadakan secara FB LIVE dan Youtube Live anjuran rangkaian dealer PG G100 Network

Belajar cara mengukuhkan kewangan melalui simpanan emas, dan tip buat duit sambil simpan emas.

Setiap Rabu, 9.00 malam bersama panel kami yang terpilih.

Kalau ada apa-apa persoalan atau nak terus mulakan simpanan emas lepas join G100 Talkshow tu, Boleh call atau whatsapp saya 012 566 9020 kalau ada sebarang persoalan.

Temubual Oleh Bernama Radio

https://www.youtube.com/watch?v=xL1UCTr_9pk
©2025 RahmanIsmail.Com | WordPress Theme by Superbthemes.com