Skip to content
RahmanIsmail.Com
Menu
  • HOME
  • TENTANG SAYA
  • KEWANGAN
  • Emas
  • KEHIDUPAN
  • BISNES
  • YOUTUBE
    • TUTORIAL PEMBELI EMAS
    • SEMINAR SIMPAN EMAS
  • CONTACT SAYA
Menu

KAHWIN SEMASA BELAJAR ?

Posted on August 22, 2018December 25, 2019 by Abdur Rahman Al Amin Ismail

Kalau sudah sayang sangat dengan pasangan, mesti masing-masing sudah terfikir nak kahwin cepat-cepat.

Tapi itu la, banyak kekangan dari sudut kewangan, bukan ?

Bila sebut soal kahwin, pasti kita terbayang tentang simpanan yang belum cukup.

Apa yang saya faham kalau sudah suka sama suka(apatah lagi kalau sudah bertunang), percepatkan perkahwinan adalah lebih baik. Tetapi bila melibatkan soal kemampuan kewangan, ditambah lagi kalau si pengantin masih belajar, lebih baik tangguh dahulu perkahwinan kalau boleh. Sekurang-kurangnya hingga kita mula bekerja. Ini nasihat dari ramai guru-guru kewangan.

KOS LEPAS KENDURI LEBIH MERISAUKAN

Guru saya pernah sebut, kos kenduri(wedding) sebenarnya bukan soal utama, apa yang lebih merisaukan ialah kos selepas kenduri(marriage)-yang jauh lebih besar daripada kos kenduri. Ramai bakal pengantin khususnya anak² muda tak sedar benda ni, sebab fikiran masing² banyak terbeban dengan persiapan majlis kenduri(wedding).

Dalam situasi macam ni, guru saya pesan tangguh dulu perkahwinan kerana satu sebab iaitu “kemiskinan boleh mengusir kebahagiaan rumah tangga”.

Pasangan yang hendak berumah tangga sudah tentu mengumpul bahagia dengan pasangan tercinta. Namun, kemiskinan akan mengehadkan banyak perkara dan mungkin menghambat bahagia yang dicita. Segala-galanya terhad. Walaupun duit bukanlah segala²nya, tetapi segala²nya perlukan duit utk sempurnakan kehidupan dalam berumah tangga.

RUTIN HARIAN TERBATAS

Makan terhad. Nak bergerak terhad. Balik kampung terhad. Nak santai dengan isteri terhad. Setiap masa sentiasa fikir pasal duit untuk terus hidup. Tak ada masa untuk melayari cinta dengan si dia.

Mungkin keluarga boleh membantu sedikit sebanyak, tetapi kita ada maruah. Sebagai anak lelaki kena berdiri atas kaki sendiri. Susah senang kita kena tanggung sendiri. Pantang sekali menagih simpati.

Jadi anak muda yang belum mempunyai persiapan asas kewangan, tangguhkan dahulu perkahwinan sekurang²nya sehingga mula bekerja. Sumber pendapatan itu penting untuk sempurnakan tanggungjawab dalam berumah tangga. Bila ia disempurnakan, barulah dapat bahagia yang dicitakan. Insyaallah…

Rahman Ismail

Bandar Darulaman

23 Ogos 2018

11 Zulhijjah 1439H

1 thought on “KAHWIN SEMASA BELAJAR ?”

  1. Aidil says:
    May 5, 2021 at 2:43 pm

    Perkongsian yang bermanfaat

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

e-book Emas FREE

Fahami pelaburan emas fizikal dalam masa 5 minit. KLIK imej di atas untuk dapatkan ebook FREE yang ditulis oleh guru emas saya, pakar pelaburan emas malaysia, Tuan Mohd Zulkifli Shafie dan disusun oleh team saya, PG G100 Network.

CARA MUDAH BELI EMAS FIZIKAL

Cara beli emas PG

1] BELIAN BIASA - Beli dan terus dapat emas, bayar secara online, dan ambil emas di cawangan Public Gold terdekat. KLIK untuk daftar percuma dan order secara online.

[2] AKAUN EMAS GAP - Beli dan simpan dengan Public Gold secara percuma, minimum 1 gram. Kumpul sedikit demi sedikit, dan boleh keluar emas itu (untuk disimpan sendiri) pada bila-bila masa di cawangan Public Gold terdekat. KLIK DISINI untuk maklumat lanjut tentang Akaun Emas GAP.

Untuk beli kaedah GAP, register di link buka #AkaunEmasGAP bila DAH READY nak buat belian nanti.

Pastikan ✅ Generate PG Code sebelum klik *Submit*. Dalam 10 minit akan terima email pengesahan pendaftaran dan PG Code (username).

Lepas tu ikut langkah ni:

1. Login web https://publicgold.com.my
2. Klik GAP Buy Now (butang merah).
3. Klik Buy GAP Now sebelah gambar gold bar 1000g
4. Klik Pay Online (FPX)
5. Masukkan jumlah emas yang nak dibeli mengikut jumlah RM (MYR) atau GRAM (gm) 7. Sistem akan terus link dengan web perbankan online untuk terus buat bayaran. Buat bayaran online. Selesai.

Boleh cek status baki dalam akaun dalam masa 24 jam.

Ada apa2 persoalan, boleh call atau whatsapp saya 012 566 9020. Kalau dah berjaya belian pun bagitahu saya untuk dapatkan ebook PERCUMA untuk penyimpan emas baharu.

Artikel Lain

  • KEBAIKAN EMAS : EMAS MENUTUP KEBOCORAN WANG
  • Nikmati hidup, usah bersaing
  • Dealer Public Gold Team PGG100 Network
  • Hukum “Trade In” Emas & FAQ Muamalat
  • Cara Top Up Emas Akaun GAP

Seminar emas PERCUMA atau kini dikenali sebagai G100 Talkshow diadakan secara FB LIVE dan Youtube Live anjuran rangkaian dealer PG G100 Network

Belajar cara mengukuhkan kewangan melalui simpanan emas, dan tip buat duit sambil simpan emas.

Setiap Rabu, 9.00 malam bersama panel kami yang terpilih.

Kalau ada apa-apa persoalan atau nak terus mulakan simpanan emas lepas join G100 Talkshow tu, Boleh call atau whatsapp saya 012 566 9020 kalau ada sebarang persoalan.

Temubual Oleh Bernama Radio

https://www.youtube.com/watch?v=xL1UCTr_9pk
©2023 RahmanIsmail.Com | WordPress Theme by Superbthemes.com