RahmanIsmail.Com
Menu
  • HOME
  • TENTANG SAYA
  • KEWANGAN
  • Emas
  • KEHIDUPAN
  • BISNES
  • YOUTUBE
    • TUTORIAL PEMBELI EMAS
    • SEMINAR SIMPAN EMAS
  • CONTACT SAYA
Menu
Hukum Trade In emas

Hukum “Trade In” Emas & FAQ Muamalat

Posted on February 22, 2019December 25, 2019 by Abdur Rahman Al Amin Ismail

Ini nota ringkas mengani hukum hakam dalam pembelian emas yang saya hasilkan bersempena posting tentang trade in emas yang tular pada Julai 2018 yang lepas, ada beberapa soalan yang kerap ditanya apabila bercakap soal jual beli atau muamalat dari sudut syara’, saya wrap-up kan macam ini.

Yang berhuruf besar itu soalan, di bawahnya adalah jawapan.

#1 TRADE IN EMAS HARAM ?

Ada dua kes, kena tengok jenis emas apa(barang kemas atau goldbar).

Ini kes pertama 👇

Posting ini betul, kalau merujuk kepada goldbar. Kalau di Public Gold(syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia) memang proses x-plan(kaedah trade-in emas patuh shariah),  kita mesti jual emas dulu.

Trade in emas

Dapat duit, baru beli emas yang baru. Kalau perlu tambah duit, baru boleh top up sikit. Sebab akan timbul isu riba jika tukar emas ketulenan yang sama, tapi berat berlainan atau berat sama tapi ketulenan berlainan.

Mesti ada 2 akad (transaksi) :

1- Akad jual(kita jual emas lama/2nd hand milik kita)

Dan

2- Akad beli(kita beli emas baru).

Ini bagi kes goldbar(jongkong emas pelaburan/simpanan) dan dinar.

Adapun bagi kes barang kemas, ada Perselisihan pendapatan. Parameter Pelaburan Emas JAKIM memilih pendapatan yang lebih ringan berdasarkan situasi realiti masa sekarang : boleh untuk trade-in BARANG KEMAS tanpa perlu 2 akad, boleh baca lanjut ulasan oleh pakar muamalat sendiri di sini👇

Hukum Trade in emas perhiasan(barang kemas), ia bukan riba. Isu ni lama dah diutarakan.

Emas Perhiasan Barangan Ribawi atau Barangan Biasa?Soalan Inbox:Salam ustaz, Saya ada 2 bentuk cincin emas yang…

Dikirim oleh muamalat.my pada Minggu, 17 Desember 2017

p/s : Muamalat.my (Ustaz Dr. Ahmad Sufyan Che Abdullah) adalah orang yang pakar dalam bidang muamalat, boleh baca ulasan beliau.

#2 KALAU SAYA DAH TERLANJUT BUAT SEBELUM NI SEBAB BELUM ADA ILMU, EMAS TU KENA SERAH BALIK KE?

Jangan risau tuan-puan.

Perbuatan kita yang lepas yang tak disengajakan atau kita tak da ilmu tentangnya, dimaafkan dalam agama.

Tak perlu nak cari tuan kedai untuk kita dapatkan emas lama dan bagai-bagai lagi proses yang merumitkan. Agama tak menyusahkan.

Cuma lepas ini, jangan ulang saja.

Untuk trade in, sepatutnya penjaga(pemilik kedai sekiranya Muslim) kena peka, sebab pembeli macam mita mungkin tak peka sebab jarang-jarang beli, tetapi kalau owner, memang hari-hari atau setiap minggu ada transaksi, sepatutnya kena peka.

#3 RIBA’, APA KAITANNYA DENGAN TRADE IN ?

Riba dari sudut istilah ialah “az-ziyadah” atau kalau diterjemahkan “tambahan”

Dalam konteks jual beli emas, maksudnya kalau nak tukar emas, mesti tukar emas yang sama berat.

Kalau tak, ia akan terdedah kepada ketidak adilan.

kalau emas(goldbar, BUKAN barang kemas) yang lama(terpakai) nak ditukar dengan emas baru yanh sama berat tanpa perlu tambah cash, itu tak timb ada masalah.

Bila mana perlu tambah cash untk emas yg baru tu, kena pegang dulu duit hasil jualan emas lama tu. Kemudian pilih emas baru dan tambah cash.

#4 KUTU EMAS PUN ADAKAH SAMA HUKUMNYA, HARAM?

Hukum kutu emas adalah harus(dibolehkan).

Tetapi perlu diingatkan ada syarat-syarat tertentu yang agak ketat yang mesti dipersetujui masa bulan pertama main.

Kalau nak main juga, guna saja kemudahan yang syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia, Public Gold sediakan.

Beli emas melalui cara Belian Bayaran Mudah Patuh Shariah(Shariah Easy Payment Purchase) ; beli emas bayar ansuran 4 kali(4 bulan).

Itu memang sudah confirm Patuh Shariah.

Kaedah transaksinya diiktiraf oleh pakar shariah, pengerusi Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia(BNM), Dr Mohd Daud Bakar dan ahli-ahlinya dalam syarikat Amanie advisor.

#5 KALAU NAK TRADE-IN EMAS TAPI TAK PEGANG DUIT BOLEH?

Seperti yang sudah saya kelaskan di atas, untuk kes goldbar ia tertakluk kepada hukum barang ribawi(ada nilai intrinsik). Perlu settle satu-satu transaksi. Jadi pastikan berlaku dua transaksi.

1- Kita jual emas lama Kita ;

Bagi emas, dapat duit.

Kemudian barulah,

2- Kita beli emas yang baru

Bagi duit, dapat barang(emas)

#6 HARGA JUAL BALIK MURAH DARI TRADE IN, MACAM MANA?

Kalau penjaga kedai tu Muslim, boleh fahamkan dia tentang konsep trade-in patuh shariah. Bagitahu beliau, kita nak trade in, cuma tak nak trade in terus untuk elak riba, jadi nak jual dahulu kemudian baru nak beli emas yang baru.

Kalau susah sangat juga untuk bawa bincang, bagitahu pada dia kita nak trade in tempat lain.

Ada tempat lain yang boleh bagi harga lebih tinggi dengan transaksi yang patuh shariah.

Boleh survey x-plan(Kaedah trade-in emas yang disahkan patuh shariah) public gold.

#7 HUKUM TRADE-IN KERETA/HANDPHONE/JAM HARAM TAK ?

Tak. Hukum ini cuma tertakluk untuk barang ribawi(yang ada nilai intrinsik) saja seperti emas, perak, beras , kurma etc..

Kereta, handphone, motosikal dan sebagainya BUKAN barang ribawi.

#8 TIP DAPATKAN HARGA TRADE IN TERTINGGI DENGAN KAEDAH PATUH SHARIAH ;

Survey 3 kedai yg kita tahu untuk banding harga beli balik(tolak/gadai) yang tertinggi , pilih peniaga muslim supaya boleh fahamkan dia tentang konsep trade-in patuh shariah.

Kalau nak berunding pun susah juga, cakap dekat dia nak trade in tempat lain.

Ada tempat lain yang boleh bagi harga lebih dengan transaksi patuh shariah.

Boleh survey kemudahan x-plan(kaedah trade-in emas yang disahkan patuh shariah oleh pakar) yang disediakan oleh syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia, Public Gold Marketing Sdn. Bhd.

#9 SOALAN EXTRA : Kalau beli dan jual emas secara online, itu macam mana pula ya?

Ini kena belajar lebih lanjut tentang hukum dalam muamalat. Beli online biasanya melibatkan isu dalam menentukan akad dan penyerahan barang(harus bersifat serta merta).

Tapi kalau syarikat yang sudah dapat shariah compliant macam syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia, Public Gold dan juga KFH bank. Itu serahkan saja pada pakar.

Kita pakai kredibiliti pakar. Biar pakar buat kerja mereka.

Macam cop halal juga, kalau sudah ada cop halal, bukan tugas kita lagi dah untuk pergi semak cara pembuatan di kilang etc.

===

Kesimpulannya, saya boleh katakan posting ini agak mengelirukan. Di dalam gambar (screenshot dari status wasaap orang lain itu) tak disebutkan emas jenis goldbar atau barang kemas.

Tetapi dalam caption atau copywriting yang panjang lebar itu, disebut agak kerap juga tentang barang kemas sebanyak at least 5 kali(kebanyakan beserta dengan “caps lock” lagi), mungkin tuan punya posting menghuraikan pendapat pertama iaitu qaul qadim(pendapat lama/terawal)

Akhir sekali , nak belajar hukum muamalat, tak cukup sekadar baca perkongsian di FB, Google² saja, atau tonton YouTube.

Belajar secara berdepan supaya betul-betul faham.

Hadir seminar tentang hukum shariah dalam muamalat untuk dengar dari pakar-pakar dalam fiqh muamalat itu sendiri.

P/s : Kalau tuan-puan ada sebarang persoalan mengenai jual beli emas atau pelaburan emas, boleh bagitahu saya.

Boleh contact saya, klik link wassap ini :

›› www.wassap.my/60125669020/INFO_EMAS

Rahman Ismail

Bandar Darulaman

2 Oktober 2018 M

22 MUHARRAM 1440H

[Kredit foto : jtv.com]

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

e-book Emas FREE

Fahami pelaburan emas fizikal dalam masa 5 minit. KLIK imej di atas untuk dapatkan ebook FREE yang ditulis oleh guru emas saya, pakar pelaburan emas malaysia, Tuan Mohd Zulkifli Shafie dan disusun oleh team saya, PG G100 Network.

CARA MUDAH BELI EMAS FIZIKAL

Cara beli emas PG

1] BELIAN BIASA - Beli dan terus dapat emas, bayar secara online, dan ambil emas di cawangan Public Gold terdekat. KLIK untuk daftar percuma dan order secara online.

[2] AKAUN EMAS GAP - Beli dan simpan dengan Public Gold secara percuma, minimum 1 gram. Kumpul sedikit demi sedikit, dan boleh keluar emas itu (untuk disimpan sendiri) pada bila-bila masa di cawangan Public Gold terdekat. KLIK DISINI untuk maklumat lanjut tentang Akaun Emas GAP.

Untuk beli kaedah GAP, register di link buka #AkaunEmasGAP bila DAH READY nak buat belian nanti.

Pastikan ✅ Generate PG Code sebelum klik *Submit*. Dalam 10 minit akan terima email pengesahan pendaftaran dan PG Code (username).

Lepas tu ikut langkah ni:

1. Login web https://publicgold.com.my
2. Klik GAP Buy Now (butang merah).
3. Klik Go To New Site
4. Klik Buy GAP Now sebelah gambar gold bar 1000g
5. Klik Pay Online (FPX)
6. Masukkan jumlah emas yang nak dibeli mengikut jumlah RM (MYR) atau GRAM (gm) 7. Sistem akan terus link dengan web perbankan online untuk terus buat bayaran. Buat bayaran online. Selesai.

Boleh cek status baki dalam akaun dalam masa 24 jam.

Ada apa2 persoalan, boleh call atau whatsapp saya 012 566 9020. Kalau dah berjaya belian pun bagitahu saya untuk dapatkan ebook PERCUMA untuk penyimpan emas baharu.

Artikel Lain

  • Dealer Public Gold Team PGG100 Network
  • Hukum “Trade In” Emas & FAQ Muamalat
  • Cara Top Up Emas Akaun GAP
  • Menyimpan Bukan Soal Matematik, Tapi Psikologi
  • Impian Bukan Untuk Bermegah, Tapi Sempurnakan Tanggungjawab

SEMINAR EMAS FREE

May be an image of one or more people and text that says "f LIVE SEMINAR G100 FORUM G100 "FROM ZERO TO HERO" 24 FEBRUARI 2021 RABU 9.00 MALAM PANELIS DR MU'AZ MAHADZIR Double Star Founder Master Dealer PANELIS 2 EN. ABDUR RAHMAN AL-AMIN ISMAIL Star Founder Master Dealer MODERATOR CIK ZAHRATUL AMANI MOHAMMAD NIZAM Priority Dealer Public Gold SCAN QR CODE tinyurl.com/ybqhn16s PUBL GOD o NETWORK"

Seminar emas PERCUMA atau kini dikenali sebagai G100 Talkshow diadakan secara FB LIVE dan Youtube Live anjuran rangkaian dealer PG G100 Network

Belajar cara mengukuhkan kewangan melalui simpanan emas, dan tip buat duit sambil simpan emas.

Setiap Rabu, 9.00 malam bersama panel kami yang terpilih.

Kalau ada apa-apa persoalan atau nak terus mulakan simpanan emas lepas join G100 Talkshow tu, Boleh call atau whatsapp saya 012 566 9020 kalau ada sebarang persoalan.

Temubual Oleh Bernama Radio

https://www.youtube.com/watch?v=xL1UCTr_9pk
©2022 RahmanIsmail.Com | WordPress Theme by Superbthemes.com