Skip to content
RahmanIsmail.Com
Menu
  • HOME
  • TENTANG SAYA
  • KEWANGAN
  • Emas
  • KEHIDUPAN
  • BISNES
  • YOUTUBE
    • TUTORIAL PEMBELI EMAS
    • SEMINAR SIMPAN EMAS
  • CONTACT SAYA
Menu

Nikmati hidup, usah bersaing

Posted on September 26, 2022October 1, 2022 by L_min90
May be an image of 1 person and text that says "Khairul Aming muda dari aku, tapi pelbagai achievement dah unlock. Aku? Menyedihkan. Bila tengok orang lain dah berjaya, aku tumpang gembira tapi pada masa yang sama aku rasa aku tak berguna. Sebab umur aku dah tua sangat, aku kuburkan je goals aku. Putus asa dengan semua. Khairulaming @khairulaming 4h Today is my 30th birthday. finally dah masuk 3-series I buat video ni untuk compile my life journey dari umur 20 ke umur 30. Sepuluh tahun yang penuh dgn macam- macam memori. Thanks to everyone for being part of the journey Show this thread"

“Dia tu umur muda lagi dari aku, tapi dah sangat successful. Banyak benda-benda yang aku nak achieve dalam hidup, dia dah achieve dulu”

Kawan… ingat ni,

“Other people success has nothing to do with you”.

Setiap kita berlari dalam trek kita tersendiri. Setiap kita ada garis masa(timeline) kita sendiri.

Jangan banding-bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kalau nak dijadikan sebagai pembakar semangat, itu boleh.


“ME VS ME”

Hidup ini bukan tentang persaingan antara diri kita dengan orang lain.

Hidup ini adalah tentang persaingan diri kita sekarang dengan diri kita yang dahulu.

Kalau diri kita yang sekarang sudah jadi lebih baik berbanding kita yang dulu, itu sudah cukup bagus.Samada orang lain yang sama umur boleh buat lagi baik dari kita atau tak, itu tak penting.

Sebaliknya, kalau diri kita sekarang dengan diri kita 3 tahun lepas sama je atau lagi kritikal makin merosot, dan dalam masa yang sama tiba-tiba kita nampak ada orang yang sama umur dengan kita lagi teruk prestasi kita sekarang, itu tak bermakna kita dah bagus.

PERBANDINGAN YANG TAK AKAN HABIS

Diulang,

“Hidup bukan suatu acara lumba lari”

Kalau kita nak berlumba, percayalah kebahagiaan hidup itu kita tak akan kecapi.

Mula dengan berlumba tentang siapa dapat result exam/akademil paling bagus, siapa grad dulu, siapa kahwin dulu, siapa dapat anak pertama dulu, siapa dapat menantu dulu, siapa dapat cucu dulu, akhir sekali?

Siapa meninggal dulu?!

Nampak?

BERMULA DENGAN TAHU PENGAKHIRAN

Pengakhiran kita adalah kematian. Jadi, hidup adalah satu perjalanan yang penuh suka dan lara.

Setiap orang perjalanannya berbeza-beza.

Setiap satu tahun, bulan, minggu, minit, bahkan sesaat yang kita dapat untuk kecapi kehidupan,

Itu sebenarnya peluang yang tuhan bagi kepada kita untuk tanam/invest banyak-banyak kebaikan. Hasilnya/ROInya nanti kita akan “tuai” di sana.

“Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburanserta perhiasan, juga bermegah-megah di antara kamu serta BERLUMBA-BERLUMBA MEMBANYAKKAN harta benda dan ANAK PINAK;….(akhir ayat) dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”

Maksud surah Al-Hadid ayat 20.

Rahman

Bandar Darulaman
26 September 2022

33 Safar 1444 Hijrah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

e-book Emas FREE

Fahami pelaburan emas fizikal dalam masa 5 minit. KLIK imej di atas untuk dapatkan ebook FREE yang ditulis oleh guru emas saya, pakar pelaburan emas malaysia, Tuan Mohd Zulkifli Shafie dan disusun oleh team saya, PG G100 Network.

CARA MUDAH BELI EMAS FIZIKAL

Cara beli emas PG

1] BELIAN BIASA - Beli dan terus dapat emas, bayar secara online, dan ambil emas di cawangan Public Gold terdekat. KLIK untuk daftar percuma dan order secara online.

[2] AKAUN EMAS GAP - Beli dan simpan dengan Public Gold secara percuma, minimum 1 gram. Kumpul sedikit demi sedikit, dan boleh keluar emas itu (untuk disimpan sendiri) pada bila-bila masa di cawangan Public Gold terdekat. KLIK DISINI untuk maklumat lanjut tentang Akaun Emas GAP.

Untuk beli kaedah GAP, register di link buka #AkaunEmasGAP bila DAH READY nak buat belian nanti.

Pastikan ✅ Generate PG Code sebelum klik *Submit*. Dalam 10 minit akan terima email pengesahan pendaftaran dan PG Code (username).

Lepas tu ikut langkah ni:

1. Login web https://publicgold.com.my
2. Klik GAP Buy Now (butang merah).
3. Klik Buy GAP Now sebelah gambar gold bar 1000g
4. Klik Pay Online (FPX)
5. Masukkan jumlah emas yang nak dibeli mengikut jumlah RM (MYR) atau GRAM (gm) 7. Sistem akan terus link dengan web perbankan online untuk terus buat bayaran. Buat bayaran online. Selesai.

Boleh cek status baki dalam akaun dalam masa 24 jam.

Ada apa2 persoalan, boleh call atau whatsapp saya 012 566 9020. Kalau dah berjaya belian pun bagitahu saya untuk dapatkan ebook PERCUMA untuk penyimpan emas baharu.

Artikel Lain

  • KEBAIKAN EMAS : EMAS MENUTUP KEBOCORAN WANG
  • Nikmati hidup, usah bersaing
  • Dealer Public Gold Team PGG100 Network
  • Hukum “Trade In” Emas & FAQ Muamalat
  • Cara Top Up Emas Akaun GAP

Seminar emas PERCUMA atau kini dikenali sebagai G100 Talkshow diadakan secara FB LIVE dan Youtube Live anjuran rangkaian dealer PG G100 Network

Belajar cara mengukuhkan kewangan melalui simpanan emas, dan tip buat duit sambil simpan emas.

Setiap Rabu, 9.00 malam bersama panel kami yang terpilih.

Kalau ada apa-apa persoalan atau nak terus mulakan simpanan emas lepas join G100 Talkshow tu, Boleh call atau whatsapp saya 012 566 9020 kalau ada sebarang persoalan.

Temubual Oleh Bernama Radio

https://www.youtube.com/watch?v=xL1UCTr_9pk
©2023 RahmanIsmail.Com | WordPress Theme by Superbthemes.com