Jika kau serius nak buat bisnes, kau mesti ada mentor. Dekat mana nak cari mentor? Sebelum kau tanya soalan ini, kau kena tahu dulu apa itu maksud mentor?
FAHAMI MAKSUD SEBENAR MENTOR
Kata guru saya, mentor adalah orang yang berpengalaman dalam bidang yang diceburi dan sudah pun capai MATLAMAT yang kita nak capai.
Sebagai contoh la, untuk bagi kau mudah faham :
Kenal tak dengan Datuk Lee Chong Wei, pemain badminton No.1 di dunia ?
Kenal tak siapa mentor dia?
Mesti kau kenal kan… Datuk Misbun Sidek adalah mentor kepada Datuk LCW.
Jadi kau boleh lihat, Datuk Misbun adalah orang yang berpengalaman dalam sukan badminton. Dan beliau juga sudah capai MATLAMAT yang Datuk LCW nak capai (sewaktu umur LCW 18 tahun dahulu)
Jadi betullah maksud mentor adalah orang yang berpengalaman dalam bidang yang diceburi dan sudah pun capai IMPIAN yang sekarang ini kau tengah kejar.
DEKAT MANA NAK CARI MENTOR?
Kalau kau nak buat bisnes membuka stall burger,belajar dari orang yang berpengalaman dalam Bisnes stall burger lah.
Kalau kau dalam bidang kosmetik, carilah orang yang sudah berjaya “buat duit” dengan bidang kosmetik.
Kalau macam saya sendiri, saya buat bisnes emas. Jadi mentor saya sudah tentunya orang yang berpengalaman dalam dalam bisnes emas.
Dan saya nak bagi satu tips. Pesan Pakar Kewangan Azizi Ali, kalau nak tahu orang itu pakar atau tidak, cari penulis buku. Kata beliau ; penulis buku adalah orang yang Pakar dalam bidang yang mereka ceburi.
Jurucakap kebanyakaanya adalah “salesman” saje. Jadi kalau nak cari mentor, cari penulis buku yang menulis dalam bidang yang kau nak ceburi.
BISNES LEBIH LANCAR DENGAN BERGURU
Kenapa perlunya ada mentor ini? Tak boleh ke buat bisnes sendiri-sendiri, fikir pakai kepala otak sendiri, try & error? Guru saya pesan, dalam bisnes kita MESTI ada mentor sebab mentor sahaja yang oleh nampak “blind spot” yang kita sendiri tak boleh nampak. Kalau kita buat bisnes “Try & Erorr”, yang banyaknya adalah error. Tapi bila adanya mentor, kita dapat kurangkan “error” tadi.
PERANAN SEBENAR SEORANG MENTOR
Bisnes tak sama berbanding dengan kau bekerja. Di tempat kerja kau ada bos. Tapi bila kau buat bisnes, kau tak ada bos.
MENTOR bukan BOS!
Berbeza dengan tempat kerja. Kalau di tempat kerja, kau ada bos. Tetapi bila buat bisnes kau ada MENTOR dan peranan mentor tersangatlah tak sama dengan bos.
Bos kalau kalau dia arahkan kita buat sesuatu kerja, kita mesti buat. Kalau tak, alamatnya samada kita kena potong gaji atau lagi teruk kita kena buang kerja terus.
Tapi lain pula dengan mentor. Kalau mentor bagi cadangan buat apa-apa dan kau tak buat, mentor tak ada masalah, kau pun tak ada masalah.
Yang masalahnya adalah bisnes kau sendiri!
Tapi, dengan adanya mentor, sekurang-kurangnya kau ada “push factor”, pendorong untuk kau buat satu-satu kerja dalam bisnes. “at least” kau aku rasa segan bila mentor bagi cadangan dan kau tak buat apa yang mentor kau suruh buat.
Jadi, lama kelamaan bisnes kau akan “grow” secara sendirinya bila ada mentor ni dan bisnes akan berkembang lebih cepat berbanding tanpa mentor. Insyaallah… 😉
Wallahua’lam…
Rahman
Bandar Darulaman
27 Disember 2017
8 Rabiul Akhir 1439 H
[Kredit foto : motorauthority.com]