Ini saya copy daripada tulisan guru bisnes Malaysia Pn. Ainon tentang “growth mindset”. Growth mindset ini menurut mentor saya ada diceritakan dalam buku bertajuk “GRIT”, tulisan Angela Duckworth.

Posting di FB Puan Ainon mengenai ‘growth mindset’

Buku tulisan Angela DuckWorth yang bertajuk ‘Grit’ yang mendapat anugerah ‘bestseller’ Oleh New York Time
GROWTH MINDSET – THE NEW PSYCHOLOGY
>> Apabila angan-angan kita lebih banyak, maka lebih banyaklah kejayaan kita. Inilah intipati growth mindset.
>> Kajian neurosains mendapati kemampuan otak kita tidak ditetapkan semasa lahir, sebaliknya ia dapat dikembangkan.
>> Kajian psikologi menunjukkan IQ tidak statik, ia dapat dinaikkan. Kepintaran dan kecerdasan dapat dinaikkan.
>> IQ, kecerdasan, kepintaran, kepandaian, bakat, dan kebolehan kita tidak statik. Semuanya dapat dikembangkan.
KITA ADALAH APA YANG KITA PERCAYA, BUKAN APA YANG ORANG KATA
>> Apa yang kita sangka tentang kepintaran, kecerdasan, dan kebolehan diri kita sendiri menentukan masa depan kita.
>> Jangan dipercayai cakap-cakap buruk orang lain tentang kepintaran, bakat, dan kebolehan kita.
>> Karekter dan personaliti kita tidak ditentukan semasa lahir. Ia dapat dibangunkan dan dikembangkan.
>> Kita dapat perbaiki dan ubah personaliti dan karekter kita.
>> Meskipun sekolah telah meletakkan kita di kelas corot, jangan sekali-kali kita percaya otak kita otak kelas corot.
>> Ubah sangkaan-sangkaan kita terhadap kepintaran dan bakat-bakat semulajadi kita.
>> Ubah mindset kita, nanti semangat kerja kita pun ikut berubah.
>> Jangan dikenang markah peperiksaan kita di sekolah dulu. Ia tidak relevan lagi!
>> Tak dapat ijazah 1st class tak apa. Lebih penting, carafikir kita 1st class.
LIHAT DIRI KITA PADA MASA DEPAN
>> Fokus pada masa depan kita. Buat banyak angan-angan, kita mahu jadi apa pada masa depan. Kerja keras!
>> Buat roadmap untuk diri kita sendiri. Kemudian, kita bekerja keras.
>> Andai kita nak buat bisnes sebab kita nak cari makan, maka kita saja dapat makan.
>> Andai kita buat bisnes sebab nak beri orang-orang lain makan, maka banyak orang dapat makan.
>> Kembangkan bakat-bakat dan kebolehan kita.
>> Apabila otak kita grow, baru bisnes kita ikut grow.
HIRAUKAN KELEMAHAN KITA, FOKUS TITIK KEKUATAN SAJA
>> Jangan malu pada kelemahan dan kekurangan kita. Belajar cara-cara mengatasinya.
>> Jangan sibuk hendak membuktikan kita pandai. Sibuklah berusaha hendak menjadi lebih pandai.
>> Jangan hanya meraikan kejayaan yang sudah dicapai. Sibuklah meraikan usaha keras mahu mencipta kejayaan baru.
>> Raikan kegagalan. Apabila ada usaha baru, barulah ada kegagalan baru dan ada peluang dapat mencipta kejayaan baru.
>> Apa yang kita sangka tentang bakat dan kebolehan kita boleh menaikkan semangat juang kita, ataupun mematahkannya.
>> Mesti minat nak belajar buat perkara yang kita tak pernah buat. Baru kita grow.
UBAH PERSEKITARAN, PILIH KAWAN
>> Jangan nak berkawan dengan orang yang menyeronokkan hati kita saja. Berkawan dengan orang yang mendorong kita grow.
>> Dulu kita orang lain, sekarang kita sudah jadi orang lain.
>> Apabila otak kita grow, cara fikir kita berubah. Banyak kawan lama tidak selesa lagi berkawan dengan kita.
>> Apabila cara fikir kita berubah, banyak kawan baru akan datang mahu bersama kita.
>> Bukan fokus pada nak buktikan kita pandai. Kita fokus pada nak belajar perkara baru.
Rahman Ismail
Alor Star
19 Julai 2018
6 Zulkaedah 1439
[kredit foto:womenssportfoundation.org]